UTUSAN MUSNAHKAN IMPIAN
SCOREBOARD ALLSTAR
oleh
TABAH SAZWAN OTHMAN
9 OGOS 2008 IMPIAN Scoreboard Allstar untuk meraih kejuaraan sulong musim 2008 musnah apabila tewas kepada Utusan Malaysia dalam perlawanan suku akhir FUTSAL bersama MEDIA di International Futsal Centre Setapak Kuala Lumpur . Scoreboard Allstar yang bermula cemerlang menjuarai kumpulan C hasil 3 kemenangan . Menanti di suku akhir Utusan Malaysia yang muncul naib juara kumpulan D di belakang Bernama. Scoreboard Allstar membuka jaringan menerusi Nik Syafiq Hadhari yang menerima umpanan Anthony Chan sebelum disamakan Utusan . Scoreboard sekali lagi di hadapan hasil rembatan Rai menjadikan kedudukan 2-1 . Utusan antara pasukan pilihan kali ini pantas mengandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 . Kesilapan demi kesilapan di separuh masa kedua memberi ruang buat Utusan untuk mencipta 2 gol lagi . Kuputusan muktamad Scoreboard Allstar 2 Utusan malaysia 4 .
