skip to main |
skip to sidebar
JOM HEBOH KUANTAN 2008
TV3 LAWAN MAHKOTA UNITED
oleh TABAH SAZWAN OTHMAN
Tabah cuba melepasi pertahanan Mahkota United
3 ogos 2008 , Stadium Darul Makmur Kuantan sekali lagi digegarkan dengan aksi perlawanan bolasepak persahabatan diantara pasukan TV3 dan Mahkota United sempena kunjungan warga kerja JOM HEBOH . Turun membarisi pasukan TV3 antaranya , pengacara popular Ally Iskandar , penyampai sukan Fadzil Rais , dan Pengulas Sukan Tabah sazwan Othman . Sementara Mahkota United dibarisi bekas-bekas pemain kebangsaan seperti Yunus Aliff , Ahmad Yusoff dan ramai lagi . Pasukan TV3 yang turun dengan barisan muda , namun masih gagal menandingi kehebatan pemain -pemain Mahkota United . Ketinggalan 0-2 dalam aksi babak pertama , Tv3 turun dalam aksi separuh masa kedua dengan melakukan beberapa perubahan posisi pemain . Dua peluang terhidang di depan pintu gol Mahkota United selepas tabah berjaya memperdaya penjaga gol mahkota United tetapi rembatan kencangnya tersasar , Minit ke 60 , penantian Tv3 untuk mencari gol sulong berhasil apabila Azman pemain tengah TV3 berjaya merembat deras dari luar kotak penalti untuk merapatkan kedudukan 1-2 .Tersentak dengan jaringan itu , Mahkota United pantas mengandakan asakan untuk menjadikan kedudukan 4-1 . Seperti ketika aksi FIESTA MEDIA IDOLA 2006 , TV3 sekali lagi rebah di bumi Kuantan Pahang .