Monday, October 20, 2008

berdoalah

Ku membenarkan jiwaku Untuk mencintaimu .
Ku persembahkan hidupku Untuk bersama kamu .. Dan diriku untuk kamu
Aku lemah tanpa kamu. Ku inginmu dampingi ku .. Aku fahami aku bukan terbaik Untuk dirimu
Ku membiarkan hatiku Untuk merinduimu .. Ku menghamparkan sakitku Untuk tatapan kamu Hanya kamu Dan segala yang ku ada sudah ku berikan semua Untuk dirimu
Bisaku menunggumu .. Takkan pernah lelahku menunggu Hingga aku punya kamu
Sesaat kamu tiada Saat itu yang ku rasa Namun ku bicara hanya pada Bulan dan suria
tak ku punya cara Untuk menyatakanya
Ia hadir tanpa ku paksa .. aku sendri tidak tahu mengapa . tapi aku rasa bahagia bila kamu ada .. Biar apa pun yang di takdirkan .. aku ingin bersama kamu

Monday, August 11, 2008

SCOREBOARD ALLSTAR


UTUSAN MUSNAHKAN IMPIAN
SCOREBOARD ALLSTAR
oleh
TABAH SAZWAN OTHMAN
9 OGOS 2008 IMPIAN Scoreboard Allstar untuk meraih kejuaraan sulong musim 2008 musnah apabila tewas kepada Utusan Malaysia dalam perlawanan suku akhir FUTSAL bersama MEDIA di International Futsal Centre Setapak Kuala Lumpur . Scoreboard Allstar yang bermula cemerlang menjuarai kumpulan C hasil 3 kemenangan . Menanti di suku akhir Utusan Malaysia yang muncul naib juara kumpulan D di belakang Bernama. Scoreboard Allstar membuka jaringan menerusi Nik Syafiq Hadhari yang menerima umpanan Anthony Chan sebelum disamakan Utusan . Scoreboard sekali lagi di hadapan hasil rembatan Rai menjadikan kedudukan 2-1 . Utusan antara pasukan pilihan kali ini pantas mengandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 . Kesilapan demi kesilapan di separuh masa kedua memberi ruang buat Utusan untuk mencipta 2 gol lagi . Kuputusan muktamad Scoreboard Allstar 2 Utusan malaysia 4 .

Sunday, August 10, 2008

Rebah Di Bumi Kuantan

JOM HEBOH KUANTAN 2008
TV3 LAWAN MAHKOTA UNITED
oleh TABAH SAZWAN OTHMAN
Tabah cuba melepasi pertahanan Mahkota United

3 ogos 2008 , Stadium Darul Makmur Kuantan sekali lagi digegarkan dengan aksi perlawanan bolasepak persahabatan diantara pasukan TV3 dan Mahkota United sempena kunjungan warga kerja JOM HEBOH . Turun membarisi pasukan TV3 antaranya , pengacara popular Ally Iskandar , penyampai sukan Fadzil Rais , dan Pengulas Sukan Tabah sazwan Othman . Sementara Mahkota United dibarisi bekas-bekas pemain kebangsaan seperti Yunus Aliff , Ahmad Yusoff dan ramai lagi . Pasukan TV3 yang turun dengan barisan muda , namun masih gagal menandingi kehebatan pemain -pemain Mahkota United . Ketinggalan 0-2 dalam aksi babak pertama , Tv3 turun dalam aksi separuh masa kedua dengan melakukan beberapa perubahan posisi pemain . Dua peluang terhidang di depan pintu gol Mahkota United selepas tabah berjaya memperdaya penjaga gol mahkota United tetapi rembatan kencangnya tersasar , Minit ke 60 , penantian Tv3 untuk mencari gol sulong berhasil apabila Azman pemain tengah TV3 berjaya merembat deras dari luar kotak penalti untuk merapatkan kedudukan 1-2 .Tersentak dengan jaringan itu , Mahkota United pantas mengandakan asakan untuk menjadikan kedudukan 4-1 . Seperti ketika aksi FIESTA MEDIA IDOLA 2006 , TV3 sekali lagi rebah di bumi Kuantan Pahang .


Tuesday, August 5, 2008

senyumlah

wah wah ... anak siapa nih .. berlatarbelakangkan stadium kuching sarawak sewaktu Piala Juara Juara Belia 2007 .. massa nih tengah rehat ... jadi apa lagi.. sessi bergambar pun berlaku ...

Monday, August 4, 2008

alhamdulilah ...


Merenungi luar jendela.. mengagumi kebesaran yang Maha Esa..aku menilai kehidupan dari sudut berbeza.. tak memadai hanya kecapi rasa selesa..mahukan harta yang mampu membeli satu semesta berpesta .. bukan berkhutbah cuma betuli diri jua bakat dikurnia jangan disalah guna jangan kufur nikmat yang diberi percuma .. guna kelebihan untuk hikmah bersama.. jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama ..ada berisi ada yang kurus..ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulu ..sada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya.. sebesar rumah bermula dengan sekecil bata..boleh hilang dalam sekelip mata .. ucaplah alhamdulillah bukannya sukar.. kerna semua nak kaya atau besar tetap Allahuakbar..
hidup penuh rintangan harus kuhadapinya.. harapku tidak terlupa diri bila gembira.. dan cuma mula mencari kau disaat hibaku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan..tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan.. teguh bila dicobakan.. ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi.. sementara ini cuma hanya puisi..nukilan tulisan dan bisikan isi hati.. mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan.. alhamdulillah atas kurniaan rezeki.. moga tidak terleka dalam perjalanan ini.. aku yang memandang di dalam lubuk hati.. mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi.. aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hatiaku hakiki.. aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi.. gunanya tiada fantasi.. pelik dan benar.. qada dan qadar kau berilah ku kekuatan.. agar dapat ku hindarkan segala kesesatan.. usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini.. aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui.. moga cahaya lailatul tak membutakan mataku.. semoga segala puji tak ku meninggi diri.. moga segala janji dapat juga ku penuhi.. moga dapatku hadapi tikaman dari belakang.. lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalananku pasrah ku akur 7..8..6 Alhamdulillah Syukur... kusembahkan syukur padamu ya Allah untuk nama.. harta dan keluarga yang mencinta diriku ini .. moga perjalanan yang sejauh ini terukir sesuatu yang paling indah .. berkatilah perjalananku ya allah ... kerana apa sahaja akan terjadi .. SEGALANYA MUNGKIN