Sunday, August 10, 2008

Rebah Di Bumi Kuantan

JOM HEBOH KUANTAN 2008
TV3 LAWAN MAHKOTA UNITED
oleh TABAH SAZWAN OTHMAN
Tabah cuba melepasi pertahanan Mahkota United

3 ogos 2008 , Stadium Darul Makmur Kuantan sekali lagi digegarkan dengan aksi perlawanan bolasepak persahabatan diantara pasukan TV3 dan Mahkota United sempena kunjungan warga kerja JOM HEBOH . Turun membarisi pasukan TV3 antaranya , pengacara popular Ally Iskandar , penyampai sukan Fadzil Rais , dan Pengulas Sukan Tabah sazwan Othman . Sementara Mahkota United dibarisi bekas-bekas pemain kebangsaan seperti Yunus Aliff , Ahmad Yusoff dan ramai lagi . Pasukan TV3 yang turun dengan barisan muda , namun masih gagal menandingi kehebatan pemain -pemain Mahkota United . Ketinggalan 0-2 dalam aksi babak pertama , Tv3 turun dalam aksi separuh masa kedua dengan melakukan beberapa perubahan posisi pemain . Dua peluang terhidang di depan pintu gol Mahkota United selepas tabah berjaya memperdaya penjaga gol mahkota United tetapi rembatan kencangnya tersasar , Minit ke 60 , penantian Tv3 untuk mencari gol sulong berhasil apabila Azman pemain tengah TV3 berjaya merembat deras dari luar kotak penalti untuk merapatkan kedudukan 1-2 .Tersentak dengan jaringan itu , Mahkota United pantas mengandakan asakan untuk menjadikan kedudukan 4-1 . Seperti ketika aksi FIESTA MEDIA IDOLA 2006 , TV3 sekali lagi rebah di bumi Kuantan Pahang .


3 comments:

Amar said...

Kalau tengok hang punya blog memang cukup mengancam, kawan-kawan lain pun rasanya sependapat denga saya..harap dapat turunkan ilmu tu sikit pada kawan-kawan.

Tentang perlawan persahabatan yang diadakan cukup baik, selain sibuk dengan kerja penganjuran Jom Hebuh tu, sekurang-kurangnya dapat release tension and stress dengan aktiviti seperti ini...enjoy sikit..secara tak langsung boleh tingkat motivasi dan produktiviti
kalu asyik fikir kerja, kerja,kerja.....boleh pecah kepala..

zepp said...

Asyik kalah jer lee team ko ni tabah....aku dh kata...korang malas training...rajin2lah training lps ni tau...tp, apa pn yg penting perlawanan persahatan tu mmg baik utk mengeratkan persahabatan antara negeri.....arios..

aiShaH said...

Betul-betul u promote your company event